Tuesday 22 October 2013

Keistimewaan Selawat keatas Nabi Mulia Sala Allahu Alaihi wasalam


DENGAN  NAMA  ALLAH  YANG  MAHA  PEMURAH  LAGI  MAHA  PENYAYANG



Perkara ini tertulis dalam kitabnya Hadaiq Al-Anwar”
 
1. melaksanakan perintah Allah Subhana Wataala  [' Al Ahzaab - ayat 56].
2. bersamaan dengan selawat Allah Subhana Wataala  kepada Rasulullah SalaAllahu Alaihi Wasalam. [ Al Quraan 33-56].
3. mendapat ganjaran 10x selawat drpd Allah atas setiap kali selawat yang diucapkan ( selawat drpd Allah Subhana  Wataala bererti rahmat
4. bersamaan dengan selawat para malaikat
5. dikurniakan oleh Allah Subhana  Wataala. 10x dari darjat atas setiap satu-satu selawat
6. dituliskan oleh malaikat 10x kebaikan atas setiap selawat
7. dihapuskan oleh Allah Subhana  Wataala. 10x kejahatan atas setiap selawat
8. segala doa akan diperkenankan oleh Allah Subhana  Wataala
9. mendapat syafaat dprd Rasulullah SalaAllahu Alaihi Wasalam.
10. mendapat keampunan Allah Subhana  Wataal . dan akan ditutup segala keaiban
11. Allah Subhana  Wataala . akan menutupi segala dukacita
12. dikurniakan maqam hampir kepada Rasulullah SalaAllahu Alaihi Wasalam.
13. mendapat darjat al-sidq
14. ditunaikan segala hajat   70  Hajjat  di  akhirat  dan  30  di  dunia [ hadis]
15. selamat sejahtera pada hari kiamat  ['  Hadis ] 
16. Allah Subhana  Wataala dan para malaikat akan berselawat ke atas individu yang berselawat
17. mendapat khabar gembira daripada Allah Subhana  Wataala dengan balasan syurga
18. selamat sejahtera pada huru-hara hari kiamat
19. Rasulullah SalaAllahu Alaihi Wasalam. akan menjawab secara langsung ke atas setiap selawat yang dibacakan  
20. mudah mengingat semula perkara-perkara yang lupa
21. mendapat kedudukan yang baik pada hari kiamat serta tidak akan kecewa pada hari itu
22. tidak akan merasai fakir
23. terpelihara dari dihinggapi sifat bakhil  dan  di  penuhi  qalbunya  dengan  Noor
24. mendapat kesejahteraaan drpd doa Rasulullah SalaAllahu Alaihi Wasalam.
25. selawat akan menjemput setiap pengucapnya ke jalan syurga
26. menjauhkan seseorg itu drpd terlibat dalam majlis-majlis yang tidak disebut padanya nama Allah dan rasulNya atau drpd majlis-majlis lagha
27. berselawat menyempurnakan kalam pujian Allah Subhana Wataala apabila disebut “Alhamdulillahirabbil’alamin” di dalam doa, maka akan disambut selepas itu dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SalaAllahu Alaihi Wasalam.
28. selamat melintasi titisan sirat al-mustaqim pada hari kiamat
29. terpelihara drpd sifat kasar dan gelojoh
30. disambut oleh Allah Subhana  Wataala pada hari kiamat dengan kata-kata pujian yang lunak
31. mendapat keberkatan Alalh
32. mendapat kesempurnaan iman
33. Kasih dan cinta kepada Rasulullah SalaAllahu Alaihi Wasalam.
34. Mendapat hidayah daripada Allah dan dikurniakan hati yang sentiasa hidup mengingati Allah s.w.t.
35. Setiap selawat yang dibaca akan dibentagkan di hadapan Rasulullah SalaAllahu Alaihi Wasalam. secara langsung
36. Sesungguhnya  dia  akan  Teguh pendirianya dengan kebenaran
37. Berselawat bererti kita menunaikan sebahagian daripada hak-hak Rasulullah SalaAllahu Alaihi Wasalam. kea tas diri kita. di samping itu ia dianggap mensyukuri nikmat Allah s.w.t. yang mengurniakan dan mengutuskan Rasulullah s.a.w. kepada kita.
38. Berselawat juga bererti zikrullah, bersyukur serta mengiktiraf segala nikmat yang dikurnikan oleh Allah Subhana Wataala
39. Mendapat balasan rahmat yang luas daripada Allah Subhana Watala
40. Berselawat bereti melengkapkan pengertian berdoa dan memohon kepada Allah Subhana Wataala . ke atas Rasulullah SalaAllahu Alaihi Wasalam.. dan kepada diri sendiri
41. Antara kelebihan yang paling hebat kepada setiap individu ialah akan terjelma gambaran Rasulullah SalaAllahu Alaihi Wasalam. dalam jiwanya
42. dikurniakan oleh Allah s.w.t. maqam seorang Wali  dan Soliheen  jika  kita  istiqamah.


DAN  KETAHUILAH  BAHAWA  SEGALA  KELEBIHAN  AKAN  MUDAH  DI  PEROLEHI  APABILA  SEORANG  ITU  TELAH  MEMPELAJARI  ILMU  KALIMAH  SYAHADAH  -  SYAHADAH  ULUHIYYAH  DAN  SYAHADAH  RISALAH.

TANPA  KALIMAH  ILMU  SYAHADAH -  Maka  maqam  syahadah  kita  akan  jatuh  ke  tahap  syahadah  orang  Munafikoon 

sila  rujuk  [  Surah  Munafikoon  63-  Ayat  1 ].

No comments:

Post a Comment